Wednesday, June 29, 2011

Aku Sepasang Kasut

Tanggal 31 Ogos 2005, aku diperbuat oleh sebuah mesin di sebuah kilang di utara Malaysia. Aku dan rakan-rakan ku di beri nama Bata, tetapi semua ku lihat berlainan rupa dan saiz. Di perut ku tertulis saiz 6 dan warna ku pula putih sahaja. Beberapa hari setelah ku dibuat, aku dan rakan-rakanku dimasukkan dalam sebuah lori lalu dibawa ke sebuah pusat bandar.

Lebih kurang seminggu aku ditayangkan di sebuah kedai kasut di sebuah pusat membeli-belah bernama Hankyu Jaya. Tidak kurang sepuluh kanak-kanak meneliti diriku, tetapi aku masih tidak dibeli. Pada suatu hari, seorang kanak-kanak berusia 12 tahun datang ke kedai tersebut. Dia membelek-belek badanku, dan memaikan aku pada kaki nya. Setelah berbincang dengan ibunya, aku dibeli dengan harga RM 45.

Walaupun aku sedih kerana terpaksa berpisah dengan adik-beradikku, aku tetap gembira kerana mempunyai tuan baru. Setelah tiba di rumahnya, aku diletakkan di dalam sebuah rak kasut. Pelbagai jenis kasut menghuni rak tersebut. Ada yang baik, tetapi ada juga yang tidak senang hati dengan kehadiranku, terutama sepasang kasut sekolah yang usang.

Keesokannya aku dipakaikan ke sekolah tuan ku. Alangkah gembira hati ku kerana dapat berkhidmat kepada seorang insan. Saban hari ku dipakai, hari cerah mahupun hari yang hujan. Aku tetap setia menjaga keselesaan kaki tuan ku. Pada waktu pagi ku dipakai ke sekolah, dan tugas aku berakhir pada waktu tenghari. Di sebelah petang, rakan ku bernama Adidas pula di pakai.

Suatu hari, aku di pakai sehingga petang di sekolah kerana ada kelas tambahan. Setelah selesai kelas tambahan, kawan kepada tuan ku mengajak beliau terus bermain bola. Tuan ku setuju kerana kesuntukan masa untuk pulang mengambil Adidas. Sungguh sakit aku diperlakukan petang itu. Aku disepak berkali-kali, dan dipijak kasut bola lain yang tajam tapaknya. Akhirnya, badan ku terkoyak.

Tuan ku membawa ku pulang dan disimpan kembali di rak kasut. Pada malam itu, sepasang kasut Bata yang baru dimasukkan ke dalam rak. Dan keesokkannya, aku tidak dipakai ke sekolah. Lebih kurang empat bulan aku kegelapan, sehingga tuan ku memasukkan aku ke dalam beg plastik. Aku di bawa ke tapak pelupusan sampah, lalu terus di buang. Begitu lah kehidupan ku sebagai sepasang kasut.

p/s skoloh rendoh dulu sokmo cikgu suruh tulis karangan lagu nih. Tibo-tibo ambo sero nok try tulis lagi. Ado la dekat 14 tahun doh tok tulis. Ambo alu-alu kan mano-mano cikgu untuk "mark" hasil tulisan brand new ambo ni. Pass ko dok? Berat dari budok skoloh rendoh ko?

8 comments:

MofarRahman said...

perghhh mengimabau molek!

Wild Cherry said...

Teringat time WC sekolah rendah dulu... Selalu gak kene buat karangan cenggini... Dah pass dah ni... hehehe

che tulip said...

mak aih... lamo sungguh CT dop bacho esei zamae2 skoloh nih... ado spelling & grammatical error here & there. tp over all leh bagi pass ah!
p/s: CT pung belung tentu buleh lawae YH=p

InaSazlan said...

entry special ntk Tuan YH

http://amalinasazlan.blogspot.com/2011/05/dekponggakeh.html

timo kasihlah tuan keto kuro kuning deh!haha

LePaKPlaCZe said...

hai YH!

alifah@along said...

perrrgghhh....ambo beso buak jugok time skoloh dulu...sokmonya, pasal pen atau basikal..hahhaaa....karangan u, i bagi A- la..tp, i bukan cikgu,okay..hehehe

yellowherbie said...

Mofarahman : skoloh rendoh paling best!

WC : pass ek? tengkiu tengkiu!

chetulip : belung tentu buleh lawae ambo tapi tahu spelling n grammatical error ambo. guano tu? :P

InaSazlan : halamak special entry seyhh. ggebah hidung weiii lokk. thanks!

Lepakplace : yo man!

alifah : cikgu ke, bukan cikgu ke, dpt A adalah memberangsangkan!

armouris said...

lagi info tentang rak kasut di SIHAT SELALU - Rahsia Mendapatkan Ruang Lebih Besar di Rak Kasut